Pages

INDUK EKSA JKSNPP

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH CAMPBELL

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SEBERANG PERAI SELATAN.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH ARMENIAN

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI UTARA.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH KING

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SEBERANG PERAI TENGAH.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH QUEEN

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH TIMUR LAUT.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH LIGHT

MAHKAMAH TINGGI SYARIAH PULAU PINANG.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

ZON LEBUH VICTORIA

BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN.Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti.

Tuesday 4 January 2022

GO GREEN ZON JAWI BIL.1/2021 & GOTONG-ROYONG BIL.4/2021

03.12.2021 (Jumaat) - Zon Jawi telah mengadakan hari Go Green buat pertama kalinya bagi tahun 2021 setelah berakhirnya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara pada November 2021. Hari Go Green ini diadakan bersekali dengan gotong-royong membersihkan Stor Barang Pelupusan dan juga Pondok Pengawal Keselamatan. Zon Jawi berjaya mengumpul RM70.70 hasil daripada jualan barang kitar semula yang telah dikumpul sepanjang tahun 2021. Wang hasil jualan tersebut dimasukkan dalam tabung EKSA Zon Jawi untuk kegunaan pada masa akan datang.












Sunday 7 November 2021

MESYUARAT EKSA ZON JAWI BIL.3/2021

05.11.2021 (Jumaat) - Zon Jawi telah mengadakan mesyuarat zon kali ketiga bagi tahun 2021 secara dalam talian. Mesyuarat pada kali ini dihadiri oleh semua ahli Zon Jawi walaupun arahan Bekerja Dari Rumah (BDR) masih lagi berkuatkuasa. Mesyuarat bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 10.30 pagi dengan tumpuan diberikan kepada persediaan menghadapi Audit Dalam yang akan berlangsung pada bila-bila masa sahaja memandangkan negeri Pulau Pinang akan memasuki Fasa 4 pada 8 November 2021. Diharapkan warga Zon Jawi dapat bersedia sepenuhnya bagi menghadapi Audit Dalaman ini.



GOTONG-ROYONG ZON JAWI BIL.3/2021

24.09.2021 (Jumaat) - Zon Jawi telah mengadakan gotong-royong Bil.3/2021. Gotong-royong ini hanya melibatkan separuh daripada  jumlah warga Zon Jawi memandangkan aktiviti bersemuka masih tidak dibenarkan bagi mengekang penularan virus Covid-19. Aktiviti gotong-royong ini hanya dilaksanakan jika keadaan mendesak sebagai contoh terdapat beberapa ruang gunasama tertentu yang memerlukan perubahan seperti Bilik Fail, Kaunter Pendaftaran dan Dewan Bicara. Pada kali ini tumpuan penuh diberikan kepada Bilik Fail memandangkan kotak-kotak fail kes yang sediaada tidak dapat menampung jumlah kemasukan fail kes bagi tahun 2021. 






Wednesday 25 August 2021

GOTONG-ROYONG ZON JAWI BIL.2/2021

09.07.2021 (Jumaat) - Zon Jawi telah mengadakan gotong-royong Bil.2/2021. Gotong-royong pada kali ini memberi tumpuan kepada kekemasan dan kebersihan workstation masing-masing dengan memastikan SOP Penjarakan Sosial dipatuhi sepenuhnya oleh warga zon. Gotong-royong ini diadakan secara berperingkat mengikut hari Bekerja Di Pejabat (BDP) setiap ahli Zon. Gotong-royong EKSA perlu diteruskan walaupun ketika pandemik covid-19 masih berada di persekitaran kita dengan pematuhan ketat SOP yang telah digariskan demi memastikan EKSA ini tetap menjadi amalan yang berterusan dikalangan warga Zon Jawi. Tahniah diucapkan kepada semua Warga Zon Jawi.





 

MESYUARAT EKSA ZON JAWI BIL.2/2021

 01.07.2021 (Khamis)- Mesyuarat EKSA Zon Jawi Bil.2/2021 telah diadakan secara "Online" melalui Aplikasi Google Meet selaras dengan arahan dan prosedur yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara yang bertujuan untuk membendung penularan Virus Covid-19 pada ketika ini. Mesyuarat bermula pada jam 2.30 petang dengan kehadiran ahli zon seramai 7 orang. Mesyuarat pada kali ini memberi penekanan kepada persediaan Audit Dalam yang akan berlangsung pada bila-bila masa sahaja sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan ditamatkan. Mesyuarat berakhir pada jam 3.30 petang. Terima kasih kepada semua ahli zon yang terlibat.



Wednesday 14 April 2021

MESYUARAT EKSA ZON JAWI BIL.1/2021

07.04.2021 (Rabu) - Mesyuarat EKSA Zon Jawi Bil.1/2021 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Mahkamah Rendah Syariah Daerah Seberang Perai Selatan pada jam 3.30 petang. Mesyuarat pada kali ini dipengerusikan oleh Tuan Abdul Rahman bin Abdullah yang merupakan Pegawai SULH MRSSPS dengan kehadiran ahli Zon Jawi yang minima kerana masih terdapat ahli yang diarahkan untuk Bekerja Dari Rumah. Pelbagai cadangan dan idea telah disenaraikan untuk dilaksanakan pada tahun 2021 ini. Diharapkan semua program yang telah dicadangkan dapat berjalan dengan lancar dan sempurna. Mesyuarat bersurai pada jam 4.30 petang.







Share

Twitter Facebook